Keutamaan Hari ke-22 Ramadhan, Allah SWT Bebaskan Dari Keganasan Malaikat Munkar dan Nangkir

4 Mei 2021, 12:42 WIB
ilustrasi kuburan. /Melissa Mullin/Unsplash

KALBAR TERKINI – Allah SWT memberikan keistimewaan untuk mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan Hari ke-22 berupa pembebasan dari keganasan malaikat Munkar dan Nangkir.

Allah SWT juga akan mengutus kepada kalian malaikat maut seperti pada para Nabi SAW.

Selain itu juga akan menghilangkan dari kalian penderitaan dunia dan akhirat.

Malaikat Munkar dan Nangkir adalah dua malaikat yang bertugas menanyai manusia sesaat setelah masuk ke dalam kubur.

Baca Juga: Keutamaan Hari ke-21 Ramadhan, Allah Berikan Keistimewaan nabi Yusuf AS

Beliau bertugas menyoal manusia di alam kubur mengenai segala amalannya didunia ini.

Setelah kematian seseorang, rohnya akan menuju ke alam barzakh atau secara sinonimnya juga turut disebut sebagai alam kubur.

Di alam tersebut si mayat akan dibolehkan kembali bangkit dan berbicara ketika ditanya oleh kedua-dua Malaikat Munkar dan Nakir, walaupun tubuhnya telah hancur.

Pertanyaan akan dimulakan yakni selepas proses pengkebumian telah selesai dan setelah 7 langkah orang terakhir beredar dari tempat dikuburkan sesuatu mayat.

Baca Juga: Keutamaan Hari ke-20 Ramadhan, Mendapat Pahala Ibarat Berpuasa 100 Tahun

Hadis At-Tirmizi meriwayatkan : "Sesungguhnya mereka berdua itu kehitam-hitaman kebiru-biruan."

Dan diriwayatkan dari Ibnu Abbas ketika dalam perjalanan Israk di mana Nabi SAW bersabda : Wahai Jibril, ceritakanlah kepadaku tentang Malaikat Munkar dan Nakir ini.

Jibril menceritakan kepada Rosulullah SAW tentang sifat Malaikat Munkar dan Nakir ini di mana mereka berdua ini amat menakutkan.

Suara Munkar dan Nakir seperti guruh yg berdentum, mata mereka berdua seperti kilat yg menyambar.

Gigi mereka pula seperti tanduk di mana keluarnya nyalaan api daripada mulut mereka berdua.

Dengusan Munkar dan Nakir ini menyapu segala apa yg ada di atas muka bumi, mereka berdua menggali tanah dan bumi dengan kuku-kuku mereka.

Terdapat pada Munkar dan Nakir tongkat atau tukul daripada besi dibawa bersamanya.

Andai dihimpunkan semua manusia di atas muka bumi ini nescaya mereka tidak dapat menggerakkan tukul besi yg dibawa oleh Munkar dan Nakir itu.

Apabila dimasukkan seorang manusia itu ke dalam kubur dan di tinggalkannya keseorangan, Malaikat Munkar dan Nakir akan datang kepadanya membawa roh bersamanya dan di masukkan semula ke dalam jasadnya dengan izin Allah.

Kemudian Munkar dan Nakir mengikatnya di dalam kuburnya dan menghardiknya dengan satu herdikan hingga hancur berderai tulangnya dan anggota badannya daripada sendi-sendinya lalu dipukullah ia dengan cemeti.

Kemudian Munkar dan Nakir mendudukkannya dan berkata kepadanya :

"sesungguhnya kamu sekarang berada di alam barzakh, maka ketahuilah keadaan kamu dan ketahuilah tempat kamu sekarang ini."

Munkar dan Nakir menghardiknya kali kedua dan berkata kepadanya :

"Wahai manusia, lihatlah kamu sekarang sudah pergi meninggalkan dunia dan kamu sudah sampai ke tempat kehancuran kamu,

maka beritahu kami siapa Tuhan kamu? apakah agama kamu? siapakah Nabi kamu? andai kata manusia yg mati itu adalah orang mukmin iaitu yg beriman kepada Allah maka dia akan berkata : Allah Tuhanku,Muhammad Nabiku,Islam agamaku."

Lalu Munkar dan Nakir mengherdiknya dengan herdikan sehingga dapat dilihat terpisahnya sendi-sendi jasadnya dan terputus terpisahlah saluran darahnya dan Munkar dan Nakir berkata kepadanya :

"Wahai manusia,lihatlah apa yang kamu katakan,maka Allah memberikan ketetapan dan kemampuan kepadanya dengan kata-kata yang benar ketika hidup di dunia dan juga di akhirat."

Allah memberikannya rasa ketenangan dan dilindunginya daripada ketakutan,dia tidak berasa takut kepada Munkar dan Nakir.

Dan dia berkata : "kamu berdua ( Munkar dan Nakir ) menakut-nakutkan aku seolah-olah aku merasa ragu-ragu was-was pada Tuhanku dan kamu mahu aku menjadikan selain dari Allah sebagai Tuhan.

Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Dia adalah Tuhanku dan Tuhan kamu berdua.

Dan Tuhan setiap sesuatu dan Nabi Muhammad nabiku dan Islam agamaku."

Lalu Munkar dan Nakir mengherdiknya dan bertanyakan tentang persoalan itu.

Maka dia menjawab : "Allah Tuhanku tuhan sekelian alam yang wajib aku sembah dan tidak mensyirikkannya dengan sesuatu yg lain dan aku tidak menjadikan selain dari Allah sebagai Tuhan.

Adakah kamu berdua ( Munkar dan Nakir ) mahu menolak aku daripada mengetahui tuhanku yang wajib aku sembah kepadanya dan ibadahku?"

Lalu di jawab : "Ya. Dialah Allah tidak ada Tuhan melainkanNya."

Malaikat Jibril berkata : "Apabila dia menjawab persoalan Munkar dan Nakir,lalu Munkar dan Nakir menjadi khusyuk dan tawaduk kepadanya hingga dia dapat berjinak-jinak bermesra baik dengan Munkar dan Nakir."

Mereka berdua ketawa kepadanya dan berkata kepadanya : "kamu sudah membenarkannya maka Allah memperluaskan pandangan kamu dan menyampaikan berita gembira kepada kamu dengan syurga Allah serta kemuliaanNya.

Kemudian diberikan balasan kepadanya dan diluaskan kuburnya seluas-luasnya iaitu seluas mata memandang dan dibukakan baginya pintu yg menuju ke syurga.

Maka masuklah dia ke dalam syurga dengan haruman bauan syurga dan diperindahkan kuburnya dengan kemuliaan Allah."

Apabila dia melihatnya dia merasa yakin lalu dia memuji Allah.

Kemudian di hamparkan baginya hamparan permaidani daripada kain sutera syurga dan diletakkan baginya cahaya di kepalanya dan juga cahaya di kakinya yg menerangi kuburnya.

Kemudian dimasukkan ke dalam kuburnya bauan haruman yg lain.

Apabila dia mencium haruman tersebut dia merasa seolah-olah mengantuk lalu tidurlah dia.

Lalu Munkar dan Nakir berkata kepadanya : "tidurlah kamu seperti tidurnya malam pengantin ( tidur pengantin ) yg menjadikan sejuk mata memandang tiada perasaan takut dan sedih."

Kemudian datanglah amalan-amalan soleh dan menyerupai dalam sebaik-baik rupa bentuk serta dalam bentuk sebaik-baik haruman yg berada di kepalanya.

Munkar dan Nakir berkata kepadanya : "Inilah amalan kamu dan kata-kata kamu yang baik di mana Allah menyerupakan amalan-amalan kamu dalam sebaik-baik rupa yg kamu lihat yg akan menemani kamu di dalam kubur.

Kamu tidak akan keseorangan dan amalan-amalan kamu akan lindungi kamu daripada setiap binatang dan apa yg menyakitkan kamu.

Amalan-amalan kamu tidak akan meninggalkan kamu di dalam kubur dan tiada negeri yang kekal abadi pada hari kiamat hingga kamu masuk ke dalam syurga Allah dengan rahmat Allah.

Kemudian Munkar dan Nakir mengucapkan salam kepadanya dan pergi meninggalkannya." ***

Subhanallah Wallahualam Bis Sawab

 

 

 

Editor: Slamet Bowo Santoso

Sumber: Berbagai Sumber

Tags

Terkini

Terpopuler